Photobucket

Sunday 9 October 2011

Sayangnya Allah pada kaum Hawa

✿ Sayangnya Allah Pada kaum Hawa ✿



Siapa kata jadi kaum Hawa tu SENANG?

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok kaum Adam, pakai baju pagoda pon x de orang nk bising

Kaum Hawa, stoking pon kena pakai

Cuba suruh kaum Adam jadi kaum Hawa untuk satu hari

conform x tahan sebab bertutup semua

Tapi, kaum hawa cool jek..

Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan kaum Hawa?



Siapa kata jadi kaum Hawa tu senang?

Tiap2 bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pon susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok kaum Adam , selamber jek

Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

Tapi, kaum Hawa hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, boleh survive je

Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan kaum Hawa ni?



Siapa kata jadi kaum Hawa tu senang?

Hati ni Allah jadikan lembut sangat

Cepat je sensitif

Cuba tengok orang yang putus cinta

Selalu kaum Hawa yg paling susah nak lupa

kaum Adam lepas putus cinta cepat je pasang yg baru

Cuba tengok cerita korea



Siapa yg paling teruk menangis?

kaum Hawa kan?kaum Adam boleh gelak2 lagi

Lembut tak lembut hati kaum Hawa

Tapi dengan hati yg lembut tu kaum Hawa dapat mengagumkan kaum Adam

Hebat tak kaum Hawa ni?

Disebabkan susahnya nak jadi kaum Hawa ni lah, ramai kaum Hawa yg merajuk Dengan Allah

Diorang cakap, Allah x adil...



Kenapa Allah lebihkan kaum Adam?

Kenapa Kaum Hawa kena dengar cakap suami?

Kenapa syurga kaum Hawa terletak di bawah kaki suami?



Padahal jadi kaum Hawa tu bukanlah susah sangat..

Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga seorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai kaum2 Hawa yg kat luar sana membebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'kaum Adam x payah tutup pon'

Diorang berani bertepuk tampar dengan dengan kaum Adam

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati



Kesian kan kat diorang?

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil



Persoalannya sekarang

Betul ke Allah x adil dengan kaum Hawa?

Betul, syurga kaum Hawa terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya



X adil lagikah Allah pada kaum Hawa?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat kaum Hawa

Untuk kaum Adam, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia akn ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi kaum Hawa, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang kaum Hawa tu

MashaAllah, hebatnya kaum Hawa ni kan?



Kenapa kaum Hawa hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat



Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal kaum Hawa kan?

Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal kaum Adam..

Sayang x sayang Allah tu dekat kaum Hawa, sampai kaum Hawa dikasihi begitu sekali dekat dunia



Tengok pula, bila seorang kaum Adam tu berjaya...



Orang akan cakap:

'Disebalik kejayaan seorang kaum Adam tula terdapat seorang kaum Hawa di belakangnya'



Kita x pernah dengar orang cakap:

'Disebalik kejayaan seorang kaum Hawa terdapat seorang kaum Adam di belakangnya'



Kan? Hebat x Allah jadikan kaum Hawa tu?



Masih x adil lagikah Allah dekat kaum Hawa?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat kaum Hawa

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi kaum Hawa ni

kaum Hawa senang nak masuk syurga



Tengok hadis ni:



"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."



(Hadis Riwayat Ahmad)



X adil lagikah Allah dekat kaum Hawa?



Oh kaum Hawa, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?



Allah jadikan kaum Hawa tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?



♥ Sekadar perkongsian bersama =)



~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~



Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..



˙·٠•● ❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤ ˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·

p/s : sekadar peringatan buat kawan2 dan diri saya sendiri..


..terima kasih sebab sudi membaca..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.